News
Majlis Persaraan Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Afipahh Binti Azraii
Majlis Persaraan Puan Afipah telah diadakan di Dewan Mabel Marsh dan di Hotel Ideas pada 25 November 2022. Majlis dimulakan dengan meraikan beliau di Dewan Mabel Marsh bersama ahli keluarga beliau, murid-murid dan warga sekolah. Jamuan tertutup bersama guru dan kakitangan sekolah kemudian diadakan di Hotel Ideas. Semoga Puan Afipah dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menghabiskan lebih banyak masa yang berkualiti bersama keluarga.
RIMUP DEEPAVALI
RIMUP Deepavali 2022
Tarikh : 21 Oktober 2022 (Jumaat)
Masa : 8.00 - 10.00 pagi
Tempat : Dewan MGSKL
Kelolaan : Unit Kokurikulum SMK (P) Methodist
Program Matlamat Murid Moral
Tarikh : 14 Oktober 2022 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat
Aktiviti : Analisis SWOT
Sambutan Maulidur Rasul
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Tarikh : 14 Oktober 2022 (Jumaat)
Masa : 10.00 hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Mabel Marsh
Aktiviti : Ceramah Maulidur Rasul, selawat ke atas Nabi Junjungan, Nabi Muhammad S.A.W.
Hari Sukan Negara
Unit Sukan MGSKL telah menganjurkan Hari Sukan Negara yang diadakan pada 8 Oktober 2022 iaitu pada hari Sabtu yang lalu. Antara aktiviti sukan yang diadakan pada hari tersebut ialah Giant Ball, Sukaneka dan juga Senamrobik. Aktiviti bermula dengan ucapan pengetua dan sesi pemanasan badan di Dewan Mabel Marsh. Semua murid dan guru yang hadir menyertai aktiviti sukan ini dengan penuh semangat kesukanan.
Minggu Akademik
Minggu Akademik telah disambut dengan jayanya bermula pada 19 September hingga 23 September 2022 yang lalu. Semua bidang mata pelajaran iaitu bidang bahasa, bidang Sains dan Matematik, bidang Kemanusiaan serta bidang Teknik dan Vokasional telah merancang pelbagai aktivit menarik untuk semua murid dan alhamdulillah semua aktiviti mendapat sambutan yang meriah dalam kalangan murid. Murid-murid begitu teruja pada sepanjang minggu kerana mereka dapat menyertai pelbagai aktiviti yang belum pernah disertai sebelum ini setelah dua tahun tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti di sekolah disebabkan pandemik Covid-19.
Bell times
Wed 2/4/2025Calendar
no data to display yetPhotogallery
no data to display yet