• Majlis Persaraan Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Afipahh Binti Azraii

          • Majlis Persaraan Puan Afipah telah diadakan di Dewan Mabel Marsh dan di Hotel Ideas pada 25 November 2022. Majlis dimulakan dengan meraikan beliau di Dewan Mabel Marsh bersama ahli keluarga beliau, murid-murid dan warga sekolah. Jamuan tertutup bersama guru dan kakitangan sekolah kemudian diadakan di Hotel Ideas. Semoga Puan Afipah dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menghabiskan lebih banyak masa yang berkualiti bersama keluarga.

          • RIMUP DEEPAVALI

          • RIMUP Deepavali 2022

            Tarikh : 21 Oktober 2022 (Jumaat)

            Masa : 8.00 - 10.00 pagi

            Tempat : Dewan MGSKL

            Kelolaan : Unit Kokurikulum SMK (P) Methodist

          • Sambutan Maulidur Rasul

          • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

            Tarikh : 14 Oktober 2022 (Jumaat)

            Masa : 10.00 hingga 12.00 tengah hari

            Tempat : Dewan Mabel Marsh

            Aktiviti : Ceramah Maulidur Rasul, selawat ke atas Nabi Junjungan, Nabi Muhammad S.A.W.

          • Hari Sukan Negara

          • Unit Sukan MGSKL telah menganjurkan Hari Sukan Negara yang diadakan pada 8 Oktober 2022 iaitu pada hari Sabtu yang lalu. Antara aktiviti sukan yang diadakan pada hari tersebut ialah Giant Ball, Sukaneka dan juga Senamrobik. Aktiviti bermula dengan ucapan pengetua dan sesi pemanasan badan di Dewan Mabel Marsh. Semua murid dan guru yang hadir menyertai aktiviti sukan ini dengan penuh semangat kesukanan.

          • Minggu Akademik

          • Minggu Akademik telah disambut dengan jayanya bermula pada 19 September hingga 23 September 2022 yang lalu. Semua bidang mata pelajaran iaitu bidang bahasa, bidang Sains dan Matematik, bidang Kemanusiaan serta bidang Teknik dan Vokasional telah merancang pelbagai aktivit menarik untuk semua murid dan alhamdulillah semua aktiviti mendapat sambutan yang meriah dalam kalangan murid. Murid-murid begitu teruja pada sepanjang minggu kerana mereka dapat menyertai pelbagai aktiviti yang belum pernah disertai sebelum ini setelah dua tahun tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti di sekolah disebabkan pandemik Covid-19.

          • Sambutan Bulan Kemerdekaan

          • Bermula bulan Ogos hingga 15 September yang lalu, Panitia Sejarah telah menganjurkan sambutan Bulan Kemerdekaan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik. Sepanjang tempoh itu, warga MGSKL dihidangkan dengan lagu-lagu patriotik pada awal pagi. Di samping itu, aktiviti-aktiviti lain yang turut dijalankan antaranya adalah majlis perasmian, sambutan ambang merdeka, karaoke lagu patriotik, permainan tradisional dan juga Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan yang diadakan pada 15 September 2022.

          • Majlis Anugerah Cemerlang

          • Majlis Anugerah Cemerlang tahun 2021 telah diadakan pada 13 Ogos 2022 bagi menghargai pencapaian murid-murid dan guru-guru yang cemerlang bagi SPM 2021. Majlis yang berlangsung di Dewan Mabel Marsh ini dirasmikan oleh Puan Faizah Binti Harun yang merupakan Pengarah di Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

        • Mobile users
          • Mobile users

          • Dear mobile users.

            you can check your timetable and substitution also on your mobile device. If you have iPhone,iPad or Android device, you can download native application for these platforms.

            For more info please check: mobile.edupage.org

        • TimeTables and Substitutions
          • TimeTables and Substitutions

          • Dear Students and Teachers

            you can now check the current timetable and the daily substitutions. Just click on the links at the top of the page.

        • Birth of this web page
          • Birth of this web page

          • Web page of our school is finally on the internet. You will find here a lot of functionality and interesting information. List of student, classes, teachers, timetables, substitution, and other data.