• RIMUP DEEPAVALI

          • RIMUP Deepavali 2022

            Tarikh : 21 Oktober 2022 (Jumaat)

            Masa : 8.00 - 10.00 pagi

            Tempat : Dewan MGSKL

            Kelolaan : Unit Kokurikulum SMK (P) Methodist

          • Sambutan Maulidur Rasul

          • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

            Tarikh : 14 Oktober 2022 (Jumaat)

            Masa : 10.00 hingga 12.00 tengah hari

            Tempat : Dewan Mabel Marsh

            Aktiviti : Ceramah Maulidur Rasul, selawat ke atas Nabi Junjungan, Nabi Muhammad S.A.W.

          • Hari Sukan Negara

          • Unit Sukan MGSKL telah menganjurkan Hari Sukan Negara yang diadakan pada 8 Oktober 2022 iaitu pada hari Sabtu yang lalu. Antara aktiviti sukan yang diadakan pada hari tersebut ialah Giant Ball, Sukaneka dan juga Senamrobik. Aktiviti bermula dengan ucapan pengetua dan sesi pemanasan badan di Dewan Mabel Marsh. Semua murid dan guru yang hadir menyertai aktiviti sukan ini dengan penuh semangat kesukanan.

          • Minggu Akademik

          • Minggu Akademik telah disambut dengan jayanya bermula pada 19 September hingga 23 September 2022 yang lalu. Semua bidang mata pelajaran iaitu bidang bahasa, bidang Sains dan Matematik, bidang Kemanusiaan serta bidang Teknik dan Vokasional telah merancang pelbagai aktivit menarik untuk semua murid dan alhamdulillah semua aktiviti mendapat sambutan yang meriah dalam kalangan murid. Murid-murid begitu teruja pada sepanjang minggu kerana mereka dapat menyertai pelbagai aktiviti yang belum pernah disertai sebelum ini setelah dua tahun tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti di sekolah disebabkan pandemik Covid-19.

          • Sambutan Bulan Kemerdekaan

          • Bermula bulan Ogos hingga 15 September yang lalu, Panitia Sejarah telah menganjurkan sambutan Bulan Kemerdekaan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik. Sepanjang tempoh itu, warga MGSKL dihidangkan dengan lagu-lagu patriotik pada awal pagi. Di samping itu, aktiviti-aktiviti lain yang turut dijalankan antaranya adalah majlis perasmian, sambutan ambang merdeka, karaoke lagu patriotik, permainan tradisional dan juga Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan yang diadakan pada 15 September 2022.